Puasa ertinya
menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga
dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau
sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan
latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara
tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri
pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan
terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Dalil
Firman Allah S.W.T: “ Wahai
orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w:
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad,
An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah
datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah
fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka
segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.....
NIAT PUASA
Tidak wajib dan tidak juga
sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa
bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa
Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad
s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat
ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ
لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa
Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ
أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa
esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
§
Sebenarnya bangun untuk
bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan
sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ
رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku
berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
§
Digalakkan berniat puasa
untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan
daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut
Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
§
Namun begitu, jika puasa
Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain,
maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang
seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara
yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan
memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang
berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok
dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
WAKTU BERNIAT
Waktu berniat bermula
daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib
hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah
dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun
semasa berbuka.
HUKUM-HUKUM PUASA
Puasa
Wajib
1. Puasa
di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan
difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya,wajiblah ia
dilakukan oleh semua orang Islam.
2. Puasa
Kifarah.
3. Puasa
qadha
4. Puasa Nazar.
Puasa
Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa
bagi umat Islam:
1. Puasa
enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa
pada Hari Arafah pada
9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni),
berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi
orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9
Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
3. Puasa
pada Hari Asyura pada 10 Muharam
5. Puasa
pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh
tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama
penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Puasa
Haram
1. Puasa
pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2. Puasa
pada Hari Raya Aidil Fitri pada
1 Syawal
3. Puasa
pada Hari Raya Aidil Adha pada
10 Zulhijjah
4. Puasa
pada Hari Tashriq pada
11, 12, 13 Zulhijjah
5. Puasa
perempuan haid & Nifas
6. Puasa
pada Hari Arafah yakni
pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah,
tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti MazhabAhli Sunah Waljamaah,
namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga,
haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
7. Puasa
sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
8. Puasa
bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
9. Puasa
untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada
Allah SWT
SYARAT WAJIB PUASA
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
§ Berakal/waras
§ Baligh (cukup umur)
§ Mampu/tidak uzur.
SYARAT SAH PUASA
Manakala syarat puasa itu
diterima di dalam Islam (sah) ialah:
§
Orang Islam
§
Berakal - tidak sah jika
gila atau kanak2 belum mumayyiz
§
Suci daripada haid dan
nifas
§
Dalam waktu yang dibolehkan
berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
RUKUN PUASA
Rukun puasa ada dua, iaitu:
§
Berniat pada malam harinya
§
Menahan diri dari
perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam
matahari.